LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

PERATURAN-PERATURAN TABUNG ANGKATAN TENTERA (PENGENDALIAN DAN PEMBAYARAN BALIK CARUMAN BAGI AKAUN DORMAN) 2009

Selaras dengan peruntukan Akta LTAT Seksyen 22 (a), LTAT dengan kelulusan YAB Menteri Pertahanan telah mewujudkan satu peraturan yang dinamakan Peraturan-Peraturan Tabung Angkatan Tentera (Pengendalian dan Pembayaran Balik Caruman Bagi Akaun Dorman)2009 berkuatkuasa pada 2 Mac 2009.

Peraturan tersebut adalah bertujuan untuk melicinkan proses pengendalian dan pembayaran balik caruman bagi pencarum-pencarum LTAT yang dikategorikan sebagai akaun dorman.

Berdasarkan kepada peraturan tersebut, akaun pencarum-pencarum LTAT yang diklasifikasikan sebagai akaun dorman akan diasingkan dan tidak lagi layak menerima dividen, bonus dan faedah-faedah lain dari LTAT. Pembayaran balik caruman bagi akaun dorman ini akan dibuat kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965 sekiranya masih tiada tuntutan pengeluaran dibuat di dalam tempoh 2 tahun berikutnya.

Pencarum-pencarum LTAT yang telah menepati syarat-syarat pengeluaran caruman hendaklah memastikan borang pengeluaran caruman LTAT dilengkapkan bagi membolehkan LTAT melaksanakan pembayaran balik caruman dan seterusnya bagi mengelakkan akaun pencarum diklasifikasikan sebagai dorman.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi LTAT.

Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646