LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

1. Apa itu LTAT?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada Anggota Lain-Lain Pangkat dan satu skim simpanan kepada Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).

2. Siapakah pencarum wajib?

  • Anggota Lain-Lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia. 
  • Kadar caruman 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan Kerajaan. Jumlah yang dikreditkan dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25% gaji bulanan.

3. Siapakah pencarum sukarela?

  • Pegawai-Pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia termasuk Anggota LLP yang ditauliahkan. 
  • Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS). 
  • Kadar caruman minimum RM 25.00 dengan gandaan RM 5.00 sehingga maksimum RM 2,000.00 sebulan. 
  • Tiada sumbangan Kerajaan. 
  • Keahlian adalah secara memohon kepada LTAT.

4. Apakah faedah-faedah utama menjadi pencarum wajib dan pencarum sukarela?

  • Pencarum akan menerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun pencarum pada penghujung tahun dan pencarum juga akan menerima bonus khas dalam bentuk unit amanah saham secara percuma. Pemberian bonus khas ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan semasa LTAT
  • Dividen dan bonus ini dikompaunkan kepada jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul. 
  • Caruman kepada LTAT tidak dikenakan cukai pendapatan (pada masa ini sehingga RM6,000.00 setahun). 
  • Khairat Kematian akan diberikan kepada waris bagi pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan. 
  • Faedah Hilang Upaya akan diberikan kepada pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh badan atau akal fikiran yang berkekalan. 
  • Pengeluaran caruman dilakukan secara sekaligus. 
  • Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman yang pertama.

5. Apakah faedah-faedah sampingan sebagai pencarum?

LTAT sentiasa berusaha mengenalpasti faedah baru yang boleh mendatangkan manafaat kepada pencarum atau keluarga atau warisnya.

Diantara faedah-faedah sampingan yang telah diwujudkan ialah:

  • Anugerah Kecemerlangan Pendidikan LTAT-YWP (AKP LTAT-YWP) ditukar kepada Anugerah Kemerlangan Pendidikan LTAT-Yayasan LTAT (AKP LTAT-Yayasan LTAT) berupakan biasiswa kepada anak-anak ATM yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan yang mendapat tempat di IPTA manakala anak-anak bekas ATM bagi peperiksaan UPSR dan PT3.
    Selain itu, Yayasan LTAT juga menyediakan biasiswa bagi “Role Model” dan Penajaan Program Pembelajaran “Tutor Online” bagi anak-anak pertama anggota LLP ATM yang memperolehi 3A 2B atau 3A 1B 1C di dalam peperiksaan UPSR dan berpotensi di dalam bidang pelajaran supaya menjadi contoh (Role Model) bagi ahli keluarga yang lain. 
  • Menawarkan anggota-anggota ATM/bekas tentera untuk membeli rumah-rumah kos rendah yang dibangunkan melalui anak-anak syarikat, 
  • Anugerah Wira Niaga (dengan kerjasama Affin Bank Berhad, PERHEBAT dan Boustead Holdings Berhad).

Beberapa faedah sampingan baru sedang di dalam kajian pada masa ini dan akan diperkenalkan bila tiba masanya.

6. Bagaimana cara menjadi pencarum wajib?

Anggota Angkatan Tentera Malaysia Lain-lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik apabila menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Potongan caruman bulanan akan dibuat ke atas penggajian bulanan anggota dan akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

7. Bagaimana cara menjadi pencarum sukarela?

Pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Sepenuh Masa(AKAS) boleh memohon untuk menjadi pencarum sukarela dengan mengisi borang yang disediakan. Borang ini boleh diperolehi secara percuma di kaunter LTAT, melalui kemudahan muat turun borang dari laman sesawang LTAT www.ltat.org.my atau dari mesin e-kiosk LTAT. Arahan potongan caruman akan dimajukan kepada UGAT untuk urusan membuat potongan caruman bulanan ke atas penggajian bulanan pegawai dan caruman bulanan ini akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

8. Berapa lamakah permohonan untuk menjadi ahli ini diluluskan?

  • Bagi pencarum wajib keahliannya adalah automatik apabila diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap dan berkuatkuasa apabila potongan caruman dimajukan kepada LTAT oleh pihak UGAT. 
  • Bagi pencarum sukarela permohonan mereka diluluskan dengan serta merta (tertakluk kepada had permohonan mencarum secara sukarela iaitu sebanyak 2 kali) setelah borang permohonan diterima oleh LTAT dan berkuatkuasa apabila wang caruman dimajukan kepada LTAT oleh pihak UGAT.

9. Adakah LTAT menghantarkan penyata tahunan kepada pencarum?

LTAT mengedarkan Penyata mengenai caruman bulanan kepada pencarum-pencarumnya dua kali setahun melalui khidmat Hantaran Semboyan (KHS) dengan menggunakan kod unit yang dibekalkan oleh UGAT.

  • Penyata Pertengahan Tahun berakhir 30 Jun menunjukkan caruman atau simpanan dari bulan Januari hingga Jun. 
  • Penyata Akhir Tahun berakhir 31 Disember memaparkan caruman kumulatif dari bulan Januari hingga Disember bagi tahun berkenaan berserta maklumat mengenai dividen dan bonus yang dikreditkan. 
  • Bagi pencarum wajib yang ditauliahkan penyata caruman akan dikirimkan hanya di atas permintaan pencarum berkenaan.

10. Bagaimanakah pembayaran balik wang caruman LTAT dibuat?

Pembayaran balik wang caruman LTAT adalah melalui kaedah Sistem Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank Ahli. Senarai Panel Bank yang dilantik oleh LTAT berserta kod Bank untuk kemudahan Sistem Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank adalah seperti berikut :

Kod Bank
Nama Bank
Kod Bank
Nama Bank
01
AFFIN BANK Berhad
09
Public Bank
02
CIMB Bank
10
RHB Bank
03
Maybank
11
Bank Rakyat
04
Bank Islam Malaysia Bhd
12
Bank Simpanan Nasional
05
Alliance Bank
13
Bank Muamalat
06
AmBank
14
HSBC
07
EON Bank
15
Standard Chartered
08
Hong Leong Bank    

11. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menunaikan cek pengeluaran dari LTAT?

Kemukakan dokumen-dokumen berikut kepada Cawangan Affin Bank Berhad di mana pengeluaran wang akan dibuat: - Kad Pengenalan Awam Pencarum atau waris/penama.

Carian

Loading

Media Sosial LTAT

  

  

Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646