LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"


1-300-88-LTAT / 1-300-88-5828

UNIT PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)

Selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan di LTAT secara berterusan, LTAT telah menyediakan talian khas atau hotline melalui perkhidmatan talian bebas tol untuk kemudahan pencarum-pencarum menghubungi Unit Pusat Khidmat Pelanggan di LTAT.

Perkhidmatan hotline ini diwujudkan untuk menyediakan teleperkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pencarum-pencarum LTAT. Maklumat perkhidmatan hotline ini adalah seperti berikut:

Nombor Telefon : 1-300-88-LTAT bersamaan 1-300-88-5828

Waktu Operasi : 

Isnin hingga Khamis
8:15 am – 1:00 pm 
2:00 pm – 5:15 pm

Jumaat
8:15 am – 12:15 pm 
2:45 pm – 5:15 pm

Sehubungan dengan itu, pencarum-pencarum LTAT adalah dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan hotline bebas tol yang disediakan untuk mengemukakan sebarang sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas atau aduan kepada LTAT.

Selain daripada itu, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas atau aduan boleh juga dimajukan dengan melayari laman web LTAT di www.ltat.org.my atau dengan menulis ke alamat berikut:

Unit Pusat Khidmat Pelanggan
Jabatan Hal Ehwal Korporat & Pelanggan
Tingkat 2, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Adalah diharap kemudahan yang disediakan ini dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pencarum-pencarum.

Carian

Loading

Media Sosial LTAT

  

  

Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646