LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

'Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera'


» Apakah kemudahan yang disediakan dalam i-Wira?

 Pencarum boleh:

  • Menyemak Penyata LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak waris semasa.
  • Menyemak Unit Trust AFFIN HWANG.
  • Menyemak sejarah pengeluaran.
  • Membuat aduan, cadangan dan pertanyaan.


» Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki caruman?

Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.

Jika anda sudah mendaftar i-Wira, login ke i-Wira dan klik pada pautan tab 'Penyata'.

» Bagaimana untuk saya mendaftar i-Wira?

pendaftaran i-Wira

» Apakah kelayakan untuk mendaftar i-Wira?

 Hanya kepada ahli yang masih berkhidmat sahaja.

» Bolehkah saya menukar kata laluan?

Ya, boleh. Malah, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan secara berkala. Untuk menukar kata laluan, login ke i-Wira dan klik pada nama anda seterusnya klik pada butang 'Profil'. Selepas itu, klik pada butang 'Tukar Kata Laluan'. Anda perlu masukkan kata laluan sedia ada, cipta kata laluan baru dan sahkan kata laluan baru. Gunakan kata laluan baru apabila log masuk di masa depan.

» Bagaimanakah caranya melindungi kata laluan?

 Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi kata laluan adalah seperti berikut:

  • Jangan dedahkan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau 'Log Out' dari https://iwira.ltat.org.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Wira.


» Bagaimanakah caranya untuk mengemaskini maklumat waris?

Pengemaskinian maklumat waris boleh dibuat :

  1. Melalui perkhidmatan E-Kiosk LTAT, atau
  2. Mengisi Borang Maklumat Pencarum (LTAT/HEKP/MK.PENCARUMAN/02 PINDAAN 2/2011) yang diperolehi di portal rasmi LTAT / E-Kiosk LTAT dan majukan kepada LTAT untuk tindakan selanjutnya, atau
  3. Hadir ke kaunter LTAT, di Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang, 55100 

KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646