LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

Faedah-Faedah Bagi Anggota Yang Sedang Berkhidmat

Pengeluaran Sekaligus Termasuk Dividen dan Bonus

Pencarum wajib yang bertaraf tidak berpencen akan dibayar semua wang simpanannya dan caruman kerajaan termasuk dividen dan bonus terkumpul secara sekaligus apabila pencarum meninggal dunia (kepada waris), berhenti atau bersara daripada perkhidmatan, atau telah mencapai umur 50 tahun.

Pencarum wajib yang berpencen akan hanya dibayar wang simpanannya termasuk dividen dan bonus yang terkumpul sahaja secara sekaligus tanpa sumbangan kerajaan apabila pencarum meninggal dunia (kepada waris), berhenti atau bersara daripada perkhidmatan atau telah mencapai umur 50 tahun. Wang sumbangan kerajaan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP untuk bayaran pencen bulanan.

Pencarum sukarela boleh mengeluarkan wang simpanannya pada bila-bila masa dan ianya diberikan kelonggaran untuk menjadi ahli bagi kali kedua walaupun telah membuat pengeluaran caruman kali pertama.

Dari semasa ke semasa, LTAT juga mengagihkan bonus khas dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum-pencarumnya. Bagaimanapun pengagihan ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan semasa LTAT.

Skim Faedah Kematian dan Hilang Upaya

Semua pencarum secara automatik mendapat lindungan di bawah Skim Faedah Kematian dan Hilang Upaya LTAT. Skim ini membolehkan sejumlah wang dibayar kepada pencarum yang diberhentikan atas sebab kecacatan fikiran atau tubuh badan, atau kepada waris pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

Pengeluaran Sebahagian Caruman Untuk Membeli Rumah

Pencarum dibenar mengeluarkan tidak melebihi 40% daripada carumannya sahaja atau 10% daripada harga harta tak alih yang mana lebih rendah, untuk pembelian rumah kediaman pertama atau sebidang tanah untuk membina rumah kediaman.


Faedah-Faedah Bagi Anggota Yang Akan Dan Telah Bersara

Program Latihan Peralihan Bagi Anggota Tentera Yang Akan Dan Telah Bersara

LTAT menawarkan pelbagai program latihan peralihan bagi anggota tentera yang akan dan telah bersara untuk menyediakan mereka untuk kerjaya kedua melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), sebuah perbadanan milik penuh LTAT yang telah ditubuhkan dalam tahun 1994.

Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646