LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

'Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera'

LTAT merupakan tabung amanah dengan tanggungjawab asasnya untuk menguruskan kumpulan wang dan harta pencarum dengan cara paling cekap untuk mendapatkan pulangan yang sebaik-baiknya dan memastikan supaya nilai kumpulan wang dan harta ini terpelihara.

Sebagaimana diperlukan oleh Aktanya, LTAT melabur tidak kurang daripada 70% kumpulan wangnya di dalam pelaburan amanah dan tidak melebihi 30% kumpulan wangnya di dalam pelaburan bukan amanah.

Dasar pelaburan LTAT ialah untuk memiliki portfolio pelaburan yang pelbagai di dalam sektor dan industri yang mempunyai potensi untuk berkembang pesat di jangka masa panjang dan memberi pulangan yang stabil di dalam apa jua keadaan ekonomi. Selain daripada itu, LTAT juga melantik beberapa pengurus dana luar untuk menguruskan sebahagian wang pelaburannya.

LTAT juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti operasi pasaran wang. Operasi pasaran wang melibatkan pengurusan wang lebihan bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dan membiayai komitmen jangka panjang pelaburan dan bayaran pengeluaran wang caruman ahli.


Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang, 55100 

KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646