LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

'Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera'

s

IKRAR AMALAN 5S LTAT

Kami adalah komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusifselamat, selesa dan ceria bagi membudayakan amalan kerja berkualiti dan produktif secara berterusan.

Amalan 5S

LTAT komited dalam melaksanakan Amalan 5s yang merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.

Seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam bahasa Melayu ianya memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan ini berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen di LTAT. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat warga LTAT.

Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan untuk LTAT:

  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
  • Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
  • Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
  • Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik;
  • Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
  • Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang dan
  • Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej LTAT.


Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang, 55100 

KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646