LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

'Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera'

Panduan Pengaktifan i-Wira

Taip atau klik URL dibawah pada browser internet anda (Dicadangkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox)

o   iwira.ltat.org.my

Paparan seperti dibawah akan muncul;


Klik butang ‘LOG MASUK’

Paparan seperti dibawah akan muncul;


Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira’

Paparan seperti dibawah akan muncul;

Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang ‘Daftar’.

No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll)

Emel – alamat emel anda yang aktif dan tetap.

Secure Word – apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
SecureWord adalah pengesahan tambahan yang digunakan oleh Sistem i-Wira LTAT untuk mengesahkan bahawa halaman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang asli. Anda dikehendaki memasukkan SecureWord anda (apa-apa perkataan) semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Log masuk berikutnya akan memaparkan SecureWord anda. SecureWord anda BUKAN Kata Laluan Sistem i-Wira anda. JANGAN menetapkan SecureWord anda sama seperti Kata Laluan / No. Tentera anda!

Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda.
Panjang Kata Laluan sekurang-kurangnya 8 aksara atau lebih dan perlu memenuhi 4 jenis aksara berikut: Huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123] dan simbol [@#$]

Sah Kata Laluan – masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.


Selepas menekan butang ‘Daftar’, satu pautan (link) akan dihantar pada alamat emel yang dimasukkan dan paparan seperti disebelah akan muncul.


Log masuk ke emel dan klik pautan tersebut untuk mengaktifkan sistem i-Wira. (Mohon untuk diperiksa juga didalam ‘folder SPAM/JUNK’)

*jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit selepas paparan di atas muncul, sila hubungi kami seperti maklumat dibawah;

Emel: webmaster[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com
Telefon: 03-2148 9777 samb. 301


*jika pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di 'browser' internet dan tekan 'Enter'.
*pautan yang dihantar ke emel ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang 'Daftar' diklik.


Sistem i-Wira telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

*jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengaktifan i-Wira, sila hubungi kami seperti maklumat dibawah;

Emel: webmaster[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com
Telefon: 03-2148 9777 samb. 301

Dengan klik pautan dibawah. anda telah bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

Pengaktifan i-Wira

Carian

Loading

1Malaysia Negaraku


Hubungi Kami

hk

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang, 55100 

KUALA LUMPUR
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646