PERATURAN-PERATURAN TABUNG ANGKATAN TENTERA
(PENGENDALIAN DAN PEMBAYARAN BALIK CARUMAN BAGI AKAUN DORMANT) 2009
Selaras dengan peruntukan Akta LTAT Seksyen 22 (a), LTAT dengan kelulusan YAB Menteri Pertahanan telah mewujudkan satu peraturan yang dinamakan Peraturan-Peraturan Tabung Angkatan Tentera (Pengendalian dan Pembayaran Balik Caruman Bagi Akaun Dormant)2009 berkuatkuasa pada 2 Mac 2009.
Peraturan tersebut adalah bertujuan untuk melicinkan proses pengendalian dan pembayaran balik caruman bagi pencarum-pencarum LTAT yang dikategorikan sebagai akaun dormant.
Berdasarkan kepada peraturan tersebut, akaun pencarum-pencarum LTAT yang diklasifikasikan sebagai akaun dormant akan diasingkan dan tidak lagi layak menerima dividen, bonus dan faedah-faedah lain dari LTAT. Pembayaran balik caruman bagi akaun dormant ini akan dibuat kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965 sekiranya masih tiada tuntutan pengeluaran dibuat di dalam tempoh 2 tahun berikutnya.
Pencarum-pencarum LTAT yang telah menepati syarat-syarat pengeluaran caruman hendaklah memastikan borang pengeluaran caruman LTAT dilengkapkan bagi membolehkan LTAT melaksanakan pembayaran balik caruman dan seterusnya bagi mengelakkan akaun pencarum diklasifikasikan sebagai dormant.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi LTAT.
1. SENARAI NAMA PENCARUM YANG MENCARUM
SECARA SUKARELA DAN TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI AKAUN DORMANT
2. SENARAI NAMA PENCARUM YANG MENCARUM
SECARA WAJIB (LLP) YANG TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI AKAUN DORMANT
|