Peristiwa Korporat


Tahun
Peristiwa
8 Mac 2011
LTAT berjaya memperbaharui persijilan ISO 9001:2008 buat kali ketiganya selepas melaksanakan standard ISO 9000 sejak 9 tahun lalu (5 April 2002). Audit Pembaharuan Persijilan dilaksanakan oleh LRQA.
23 Mac 2011
LTAT berjaya mengekalkan persijilan ISO/IEC 20000-1:2005 di bawah skop Pengurusan Perkhidmatan Teknologi Maklumat Untuk Pelanggan-Pelanggan Dalaman LTAT .
3 Mei 2011
LTAT telah berjaya memperoleh sijil audit bersih daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2010.
14 Sept 2011
LTAT telah berjaya mengekalkan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti atau QE-5S yang diperoleh daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
27 Sept 2011
LTAT telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2010 dengan penarafan 4 Bintang daripada Jabatan Audit Negara.
9 Nov 2011
LTAT berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi Skop Penyediaan Skim Wang Persaraan (PSKP) Untuk Anggota-Anggota Angkatan Tentera Malaysia. Audit Pengawasan dilaksanakan oleh LRQA.

:: 2011 :: 2010 - 2006 :: 2005 - 2000 :: 1999 - 1990 :: 1989 - 1972 ::