Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang telah ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.
E-Kiosk LTAT
Sistem E-KIOSK ialah sistem untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti dalam proses penyemakkan caruman, penamaan waris dan juga mencetak penyata caruman. Pembangunan E-KIOSK adalah sebagai kemudahan alternatif kepada tentera selain berurusan di kaunter untuk menyemak caruman. [Seterusnya..]