PENGENALAN TALIAN KHAS (HOTLINE)

1-300-88-LTAT / 1-300-88-5828
UNIT PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)

Selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan di LTAT secara berterusan, LTAT telah menyediakan talian khas atau hotline melalui perkhidmatan talian bebas tol untuk kemudahan pencarum-pencarum menghubungi Unit Pusat Khidmat Pelanggan di LTAT.

Perkhidmatan hotline ini diwujudkan untuk menyediakan teleperkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pencarum-pencarum LTAT. Maklumat perkhidmatan hotline ini adalah seperti berikut:

  Nombor Telefon : 1-300-88-LTAT bersamaan 1-300-88-5828
     
  Waktu Operasi :

Isnin hingga Khamis
8:15 am – 1:00 pm
2:00 pm – 5:15 pm

Jumaat
8:15 am – 12:15 pm
2:45 pm – 5:15 pm

 

Sehubungan dengan itu, pencarum-pencarum LTAT adalah dialu-alukan untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan hotline bebas tol yang disediakan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas atau aduan kepada LTAT.

Selain daripada itu, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas atau aduan boleh juga dimajukan dengan melayari laman web LTAT di www.ltat.org.my atau dengan menulis ke alamat berikut:

Unit Pusat Khidmat Pelanggan
Jabatan Hal Ehwal Korporat & Pelanggan
Tingkat 2, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

Adalah diharap kemudahan yang disediakan ini dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pencarum-pencarum.