ekiosk

Sistem e-Kiosk ialah sistem untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti dalam proses penyemakan caruman, penamaan waris dan juga mencetak penyata caruman. Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pencarum-pencarum mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan lebih efisien secara 'on-line'. Pembangunan e-Kiosk adalah sebagai kemudahan alternatif kepada anggota angkatan tentera untuk menyemak caruman mereka selain berurusan di kaunter.

Perkhidmatan e-Kiosk ini juga dapat memudahkan lagi urusan pencarum dalam menyemak jumlah wang terkumpul dan memeriksa status terkini caruman mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-Kiosk ini adalah seperti berikut :-

  • Maklumat-maklumat berkaitan dengan LTAT dan perkhidmatan yang disediakan.

  • Memeriksa status pendaftaran cap jari.

  • Menyemak dan mencetak penyata caruman.

  • Menyemak kelayakan membuat pengeluaran harta tidak alih.

  • Menyemak status permohonan biasiswa YWP

  • Menyemak status permohonan pengeluaran.

  • Menyemak dan mencetak penyata saham Affin Fund Management Bhd.

  • Menyemak, mengemaskini dan mencetak penamaan waris.

  • Menyemak penyata skim KASUMA (PERNAMA).

  • Informasi dan sambungan ke laman web infokiosk PERNAMA, PERHEBAT, PPHM,BHP,YWP,AFFIN BANK, AFFIN FUND dan PPZ.

  • Mencetak borang – borang berkaitan pengeluaran caruman, kemaskini waris dan juga borang untuk menjadi pencarum sukarela.