Sistem E-Kiosk LTAT

Sistem E-KIOSK ialah sistem untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti dalam proses penyemakkan caruman, penamaan waris dan juga mencetak penyata caruman. Pembangunan E-KIOSK adalah sebagai kemudahan alternatif kepada tentera selain berurusan di kaunter untuk menyemak caruman.

Sistem E-KIOSK LTAT ini juga, secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusan pencarum dalam menyemak jumlah wang terkumpul dan memeriksa status terkini caruman mereka. Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh E-KIOSK ini adalah seperti berikut :-

  • Maklumat-maklumat berkaitan dengan LTAT dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Memeriksa jumlah wang caruman.
  • Mencetakan penyata caruman.
  • Memeriksa kelayakan membuat pengeluaran harta tidak alih .
  • Memeriksa penamaan waris.
  • Memeriksa status pendaftaran cap jari.
  • Menyemak dan mencetak penyata saham Affin Fund.
  • Informasi dan sambungan ke laman web infokiosk PERNAMA, PERHEBAT, PPHM, dan YWP.
  • Mencetak borang – borang berkaitan pengeluaran caruman, kemaskini waris dan juga borang untuk menjadi pencarum sukarela.

:: LOKASI E-KIOSK LTAT ::