Hubungi Kami
an image
Urusetia Yayasan Warisan Perajurit
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 2, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
55100 KUALA LUMPUR
Email: ywp@ltat.org.my

Phone1: 603 - 2148 9777
Phone2: 603 - 2148 6166

Bagi mencapai matlamat penubuhan Yayasan ini, Lembaga Amanah Yayasan Warisan Perajurit telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak ATM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan mendapat tempat di IPTA.

Pada masa ini jenis-jenis bantuan yang disediakan dan kadar baru yang diluluskan bagi anak-anak anggota ATM adalah seperti berikut:

 

Bil. Peperiksaan Bilangan A Jumlah Bayaran
1. UPSR 5A
4A 1B
4A 1C
(B.M salah satu sama ada penulisan / pemahaman wajib mendapat A)
RM450.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM350.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
RM200.00 setahun untuk tempoh 3 tahun.
2. PMR 9 A
8 A
7 A
6 A
(B.M wajib mendapat A)
RM800.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM600.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM500.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
RM400.00 setahun untuk tempoh 2 tahun.
3. IPTA Untuk anak-anak ATM yang ibubapa masih dalam per-khidmatan sahaja. Bantuan sebanyak RM1,000.00 bagi kemasukan ke IPTA dalam negeri sahaja dengan mengikuti pengajian Ijazah bagi tahun yang terkini sahaja. Berumur tidak melebihi 21 tahun. Tamat pengajian SPM, SPMV, STPM dan Matrikulasi.
4. ROLE MODEL UPSR

3A 2B
3A 1B 1C

Untuk anak-anak pertama ATM lain-lain pangkat (LLP) yang ibubapa masih dalam perkhidmatan sahaja.

RM200 setahun untuk tempoh 3 tahun dan penajaan program pembelajaran 'Tutor Online' untuk tempoh 3 tahun

 

Bantuan yang diberi adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima dari anak-anak syarikat LTAT. Pemohon yang berjaya akan dipantau pelajaran mereka melalui penghantaran Laporan Akademik setiap akhir tahun sebelum bayaran yang seterusnya dapat dibuat.

Bagi anak-anak anggota ATM yang memenuhi syarat-syarat kelulusan yang dinyatakan bolehlah membuat permohonan biasiswa melalui Jabatan Arah Pendidikan, KEMENTAH dan bagi anak-anak bekas ATM pula dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri masing-masing.

Borang-borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan KEMENTAH bagi mereka yang masih berkhidmat. Bagi anak-anak bekas ATM hendaklah menghantar borang-borang yang telah diisi dengan lengkap kepada PBTM negeri masing-masing.


Kelayakan dan Syarat Permohonan untuk:

#sila pastikan komputer anda mempunyai perisian Adobe Reader untuk membuka fail di atas dan di bawah ini.

Klik Sini Untuk Borang :
(Setiap borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan, kecuali Borang Laporan Akademik)

"Kegagalan menghantar Laporan Akademik sebelum 28 Februari setiap tahun akan mengakibatkan pembayaran biasiswa ditamatkan secara automatik dan sebarang rayuan tidak akan dilayan."