1. What is LTAT?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera, is a statutory body established by an Act of Parliament, TAT Act 1973 (Act 101) to provide retirement and other benefits to members of the other ranks in the Armed Forces (compulsory contributors) and to enable officers and mobilised members of the volunteer forces in the service to participate in a saving scheme.

2. Who is the Compulsory Contributor?

LTAT’s compulsory contributors are the serving members of the other ranks in the Armed Forces who are required to contribute 10% of their monthly salary to LTAT with the government as employer contributing 15%. The total amount credited monthly is equivalent to 25% of the monthly salary.

3. Who is the Voluntary Contributor?

Voluntary Contributors are officers in the Armed Forces including commissioned officers and mobilised members of the volunteer forces with a minimum contribution of RM25.00 at a multiple of RM5.00 to a maximum of RM2,000.00 monthly.

There will be no contributions from the government and those who are interested can apply to participate in the saving scheme.

4. What are the main benefits of being Compulsory and Voluntary Contributors?

Contributors will receive annual dividend and bonus which will be credited to the members account by end of the year and contributors will also receive special bonus in the form of free unit trust shares. However, this special bonus is based on LTAT’s current financial performance.
Dividends and bonuses that are credited to the contributors’ account will qualify for future dividend and bonuses declared.
Contributions to LTAT is tax deductible (up to RM4,000.00 per year).
Death & Disablement benefits will be paid to the dependents of a contributor who passes away whilst in service.
Withdrawal of contributions will be paid in a lump sum.
Partial withdrawal is allowed for purchase of the first residential house or land for building a house.

5. What other benefits are given to the contributors?

LTAT always strives to identify new benefits to be given to the contributors, family and their next of kin.

Some of the additional benefits provided are:

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan LTAT-Yayasan LTAT (AKP LTAT-Yayasan LTAT) provides educational assistance in the form of bursaries to children of ATM personnel in PT3 , SPM and IPTA enrollment, and the children of ATM veteran for PT3.
Low cost houses offered to the personnel of the Armed Forces / retired personnel developed by LTAT group.
MyWIRA app is a new initiative by LTAT that will allow its contributors to have quick and easy access to their account information. MyWIRA app can be downloaded from Google Play Store or Apple App Store for free.

6. How to become a compulsory contributor?

Serving members of the other ranks in the Armed Forces will automatically be a contributor when they enroll in the Armed Forces. Deductions will be made on members’ monthly salary and the contribution amount will be forwarded by UGAT to LTAT on monthly basis.

7. How to become a voluntary contributor?

Officers and mobilised members of the volunteer forces can participate as voluntary contributor by filling up an application form which is available free at (i) LTAT office (ii) download from the LTAT website at www.ltat.org.my (iii) e-kiosks located at main camps. UGAT will be adviced to process monthly deduction on payroll and to forward the monthly contribution to LTAT.

8. How long does it take for an application to be approved?

For the compulsory contributor, membership is automatic as members are enrolled in regular service and the monthly contribution is forwarded to LTAT by UGAT.
For the voluntary contributors, application will be approved immediately when LTAT received the application (subject to limitation of 2 times as a voluntarily contributors) and will be effective when the contributions are forwarded to LTAT by UGAT.

9. Does LTAT distribute annual statement to contributors?

LTAT annual statement is no longer distributed to the contributors. However, contributors can view their contribution statement via LTAT’s online platform, i-Wira.

10. How will the payment be made?

Payment will be made via credit transfer to the contributors’ bank account of choice. Listed are the 15 banks that have been appointed as the panel bank for LTAT:

Bank Code

Bank Name

Bank Code

Bank Name

01

AFFIN BANK Berhad

08

Public Bank

02

CIMB Bank

09

RHB Bank

03

Maybank

10

Bank Rakyat

04

Bank Islam Malaysia Bhd

11

Bank Simpanan Nasional

05

Alliance Bank

12

Bank Muamalat

06

AmBank

13

HSBC

07

Hong Leong Bank

14

Standard Chartered

11. When can the contribution be withdrawn?

According to sections 12 Act 101 LTAT, compulsory contributors’ (including commissioned officer) contributions can only be withdrawn when such circumstances occur:

On the death of the contributor;
One month after the contributor has been discharged or has retired from service; or
On the contributor attaining the age of fifty years and where the contributor is an officer on the officer attaining the age of compulsory retirement

For Voluntary contributor, saving withdrawal can be done anytime and are allowed to another opportunity to become a voluntary contributor after the first withdrawal.

However, under sections 15B, contributor also can withdraw a portion of their contribution withdrawal scheme for the purchase of immovable property.

LATAR BELAKANG LTAT

1. Apa itu LTAT?

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan kepada LTAT. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.

PENCARUM DAN CARUMAN LTAT

1. Siapakah Pencarum Wajib?

Pencarum Wajib LTAT terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan secara notional dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan.

2. Siapakah Pencarum Sukarela?

Pencarum Sukarela LTAT adalah dari kalangan Pegawai Tetap ATM termasuk Anggota LLP yang ditauliahkan dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS) dengan kadar caruman minima RM25.00 dengan gandaan RM5.00 sehingga maksima RM2,000.00 sebulan. Tiada sumbangan Kerajaan dan keahlian adalah secara memohon terus kepada LTAT.

3. Bagaimanakah cara untuk menjadi pencarum wajib?

Pegawai Tetap ATM yang ditauliahkan selepas 1 Januari 2016 diwajibkan mencarum dan Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) akan menjadi pencarum secara automatik setelah potongan pertama caruman bulanan diterima oleh LTAT dari UGAT. Potongan caruman bulanan akan dibuat ke atas penggajian bulanan anggota dan akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

4. Bagaimanakah cara untuk menjadi pencarum sukarela?

Pegawai-pegawai ATM dan AKAS boleh memohon untuk menjadi pencarum sukarela dengan melengkapkan borang permohonan yang diperolehi secara percuma di kaunter LTAT atau muat turun borang dari Portal Rasmi  LTAT (www.ltat.gov.my) atau dari Aplikasi MyWIRA. Arahan potongan caruman akan dimajukan kepada UGAT untuk proses potongan caruman ke atas penggajian bulanan pegawai dan caruman bulanan ini akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

5. Bagaimanakah cara untuk menjadi pencarum sukarela kali ke-2?

Pegawai-pegawai ATM dan AKAS boleh memohon untuk menjadi pencarum sukarela kali ke-2 dengan menghantar permohonan melalui Aplikasi MyWIRA. Arahan potongan caruman akan dimajukan kepada UGAT untuk  proses potongan caruman ke atas penggajian bulanan pegawai dan caruman bulanan ini akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.

6. Sekiranya saya telah mengeluarkan caruman sukarela buat kali ke-2, adakah saya boleh memohon untuk mencarum secara sukarela semula?

Tidak boleh, kerana pada masa ini, pencarum sukarela hanya dibenarkan untuk mencarum di LTAT sebanyak 2 kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. 

7. Jika saya menghantar permohonan mencarum secara sukarela bagi kali ke-2, bilakah potongan caruman sukarela tersebut akan bemula?

Sekiranya permohonan mencarum kali ke-2 dihantar sebelum 15 haribulan, caruman akan bermula pada bulan berikutnya. Walaubagaimanapun, bulan permulaan caruman sukarela adalah bergantung kepada tempoh pemprosesan di pihak UGAT.

Sekiranya permohonan mencarum kali ke-2 dihantar selepas 15 haribulan, caruman akan bermula pada dua (2) bulan berikutnya. Walaubagaimanapun, bulan permulaan caruman sukarela adalah bergantung kepada tempoh pemprosesan di pihak UGAT.

8. Bagaimanakah caranya untuk membuat perubahan amaun caruman sukarela?

Perubahan amaun caruman sukarela boleh dilakukan melalui Aplikasi Mudah Alih MyWIRA. Walaubagaimanapun, bulan permulaan caruman sukarela yang baru adalah bergantung kepada tempoh pemprosesan di pihak UGAT.

9. Berapa lamakah tempoh kelulusan bagi permohonan untuk menjadi pencarum LTAT?

Keahlian bagi pencarum wajib adalah secara automatik apabila caruman pertama diterima oleh LTAT dan berkuatkuasa apabila potongan caruman dimajukan oleh pihak UGAT kepada LTAT.

Bagi pencarum sukarela, permohonan diluluskan dengan serta merta (tertakluk kepada had permohonan mencarum secara sukarela iaitu sebanyak 2 kali) setelah borang permohonan diterima oleh LTAT dan berkuatkuasa apabila wang caruman dimajukan oleh pihak UGAT kepada LTAT.

10. Bolehkah Caruman Sukarela dimasukkan secara sekali gus?

Tidak. Caruman sukarela dalah secara potongan bulanan dari penggajian.

11. Bagaimanakah caranya pencarum sukarela mahu meneruskan caruman apabila dipinjamkan kepada agensi lain?

Pencarum sukarela boleh meneruskan untuk mencarum sukarela dengan mengemukakan surat pengesahan kepada LTAT memaklumkan bahawa mereka telah ditumpangkan ke agensi luar dan mencatatkan tarikh tamat perkhidmatan di agensi yang ditumpangkan. Pencarum perlu memohon kepada majikan yang baru supaya dapat membuat potongan caruman dan dihantar ke LTAT setiap bulan.

Sekiranya majikan tidak dapat membuat potongan caruman, pencarum boleh mencarum dengan menggunakan cek peribadi dengan syarat pencarum perlu mengemukakan surat pengesahan majikan kepada LTAT, menyatakan tidak dapat dibuat potongan dan pengesahan tempoh kontrak perkhidmatan pencarum di agensi tersebut. Seterusnya pencarum boleh menghantar cek bersama surat iringan kepada LTAT.

12. Apakah fungsi Akaun 1 dan Akaun 2 pada bahagian caruman ahli?

Berkuatkuasa 1 April 2022, bahagian caruman ahli telah dibahagikan kepada Akaun 1 (60%) dan Akaun 2 (40%). Akaun 1 adalah untuk kegunaan selepas ahli bersara atau tamat perkhidmatan manakala Akaun 2 dibenarkan pengeluaran (mengikut syarat pengeluaran yang ditetapkan) semasa ahli dalam perkhidmatan bagi membantu ahli membuat persediaan sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.

FAEDAH-FAEDAH PENCARUM LTAT

1. Apakah faedah-faedah utama menjadi Pencarum LTAT?

i. Dividen Tahunan

ii. Faedah Kematian akan diberikan kepada waris pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

iii. Faedah Hilang Upaya kepada pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh badan atau akal fikiran yang berkekalan.

iv. Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman yang pertama.

v. Pengeluaran sebahagian caruman untuk menunaikan haji bagi pencarum yang menerima Surat Pengesahan Tawaran Menunaikan Ibadah Haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) sahaja.

vi. Pengeluaran sebahagian caruman untuk menyambung pelajaran bagi pencarum yang sedang mengikuti peringkat pengajian tinggi di Universiti Awam Tempatan, bertujuan untuk bayaran balik yuran pendaftaran atau yuran kemasukan tahun pertama.

vii. Pengecualian cukai pendapatan sehingga maksimum RM4,000.00. (Tertakluk kepada pengumuman terkini Kerajaan)

2. Apakah faedah-faedah sampingan sebagai pencarum?

Di antara faedah-faedah sampingan yang telah diwujudkan pada masa kini ialah:

i. Aplikasi MyWIRA atau MyWIRA App adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk kemudahan pencarum LTAT, bagi memudahkan pencarum untuk mengakses maklumat caruman dengan lebih cepat dan mudah. Boleh dimuat turun oleh semua pencarum menggunakan platform Android, iOS atau Huawei secara percuma.

ii. Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak (Segari).

DIVIDEN

Bagaimanakah kadar dividen ditentukan oleh LTAT?

Kadar dividen akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah LTAT dengan nasihat Panel Pelaburan dan pihak Aktuari yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Kadar dividen yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada keuntungan pelaburan LTAT bagi tahun berkenaan.

SKIM FAEDAH KEMATIAN DAN HILANG UPAYA

1. Berapakah jumlah bayaran Skim Faedah Kematian atau Hilang Upaya?

Jumlah pemberian di bawah Skim Faedah Kematian Dan Hilang Upaya adalah berasaskan satu rumusan (formula) yang mengambil kira:

i. Faktor yang berdasarkan kepada tempoh pencarum mencarum di LTAT sehingga tarikh pencarum meninggal dunia atau tarikh pemberhentian perkhidmatan atas sebab hilang upaya,

ii. Jumlah caruman terkumpul anggota (Bahagian Ahli)

Jumlah pembayaran di bawah skim ini adalah (1) x (2)

2. Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bayaran Skim Faedah Hilang Upaya?

Faedah Hilang Upaya adalah berdasarkan pemberhentian yang ditakrifkan sebagai Peraturan 61/(1)(g) dan yang setaraf dengannya iaitu ‘Medical standard is below that required for retention/medically unfit’ atau bersamaan dengan BR 9748 – Article 1014 Invaliding bagi Tentera Laut yang tercatat pada Kenyataan Perkhidmatan anggota iaitu BATD132 dan hendaklah disokong dengan keputusan Lembaga Perubatan iaitu BATF 524/525.

3. Jika pencarum meninggal dunia bagaimanakah wang carumannya dikeluarkan?

Penama atau waris pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan caruman dengan mengemukakan dokumen berikut:

i. Borang LTAT/PWCA/14-2/2 (Borang Pengakuan Waris) yang boleh diperolehi melalui kaunter LTAT atau memuat turun dari laman sesawang LTAT di www.ltat.gov.my.

Menyertakan salinan kad pengenalan pewaris atau penama dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

4. Bagaimanakah pewaris atau penama mengetahui tentang caruman atau simpanan yang berada di LTAT?

Pihak penama atau waris akan dihubungi oleh pihak Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP). Oleh yang demikian amatlah penting maklumat waris atau penama yang dikemaskini dimaklumkan kepada JRP, Kementerian Pertahanan.

5. Bagaimanakah untuk membuat pertukaran dan pindaan maklumat waris dalam rekod LTAT?

LTAT merujuk sepenuhnya maklumat waris yang diberikan oleh pihak JRP bagi kes-kes pembayaran kepada waris. Sekiranya terdapat perubahan maklumat waris, pindaan dan pertukaran tersebut hendaklah dibuat di Pasukan masing-masing dimana maklumat tersebut akan dimajukan oleh pasukan kepada pihak JRP.

6. Siapakah yang berhak ke atas caruman anggota tentera yang meninggal dunia dalam perkhidmatan?

Apabila pencarum meninggal dunia, pihak JRP akan memajukan senarai waris-waris yang sah dan berhak kepada LTAT bagi tujuan pembayaran balik wang caruman LTAT. Kebiasaannya waris yang berhak yang dinamakan bagi anggota yang masih bujang adalah ibubapa atau adik-beradik (sekiranya ibubapa telah meninggal dunia). Manakala bagi anggota yang telah berkahwin, waris yang berhak adalah balu/duda dan ibubapa. Terdapat juga kes di mana waris yang dinamakan oleh JRP adalah penjaga yang membesarkan pencarum dan sebagainya tertakluk kepada hasil siasatan/semakan yang dibuat oleh KEMENTAH.

Pecahan peratus kelayakan waris adalah berdasarkan kepada suatu jadual yang telah ditetapkan oleh Lembaga berdasarkan kepada ikatan pertalian waris dan gemulah di mana bilangan tanggungan anak oleh balu juga diambilkira.
Anak di dalam kandungan hanya akan diambil kira dalam pecahan peratus sekiranya maklumat tambahan (Sijil Kelahiran) diserahkan sebelum proses pembayaran dilaksanakan.

PENGELUARAN PERUMAHAN

1. Apakah syarat-syarat bagi membuat pengeluaran untuk tujuan membeli rumah?

Pada tarikh permohonan, pencarum:

i. telah mencapai umur dua puluh dua (22) tahun; dan

ii. telah mencarum tidak kurang daripada lima (5) tahun kepada LTAT; dan

iii. bukan seorang pemilik berdaftar apa-apa harta tak alih (rumah/tanah) iaitu pengeluaran caruman ini adalah untuk tujuan membeli harta tak alih yang pertama sahaja; dan

iv. telah membuat suatu perjanjian jual beli yang sah yang pada pendapat LTAT adalah suatu bukti yang mantap untuk membeli sesuatu harta tak alih dan Surat Perjanjian Jual Beli berkenaan hendaklah bertarikh pada atau selepas 1 Februari 1995; atau

v. telah mengambil pinjaman atas gadaian harta tak alih (rumah/tanah) itu

vi. pencarum hanya dibenar mengeluarkan caruman mereka (bahagian caruman ahli sahaja) sekali sepanjang tempoh mencarum

Pengeluaran bagi tujuan pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan.

2. Berapa kali wang caruman boleh dikeluarkan untuk tujuan skim pembelian rumah?

Pencarum hanya dibenar mengeluarkan caruman mereka (bahagian caruman ahli sahaja) sekali sepanjang tempoh mencarum.

3. Adakah pencarum boleh mengeluarkan caruman untuk mengubahsuai rumah?

Skim pengeluaran perumahan hanyalah bagi:

i. Pembelian harta tak alih termasuk perbelanjaan sampingan seperti bayaran guaman dan duti setem; dan

ii. Pengubahsuaian yang perlu bagi mengadakan keselamatan pada harta tak alih itu (Pengeluaran bagi tujuan pengubahsuaian adalah tidak dibenarkan)

4. Berapakah jumlah yang boleh dikeluarkan?

Amaun yang boleh dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah:
i) Tidak melebihi 40% daripada amaun yang ada pada kredit akaun pencarum itu;atau

ii) Tidak melebihi 10% dari harta tak alih;atau

iii) Tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM10,000.00).

(Pembayaran adalah mengikut mana yang terendah).

5. Bagaimanakah permohonan pengeluaran caruman ahli untuk perumahan boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan pengeluaran (LTAT/PWCA 47) yang boleh diperolehi secara percuma di kaunter LTAT atau muat turun borang dari laman sesawang LTAT www.ltat.gov.my

6. Berapa lamakah proses pembayaran bagi pengeluaran caruman ahli untuk perumahan ini?

Pembayaran akan dijelaskan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap memenuhi syarat pengeluaran.

PENGELUARAN HAJI

1. Siapa yang layak untuk memohon?

i. Pencarum yang telah mencarum sekurang-kurangnya 15 tahun di LTAT.

ii. Hanya pencarum yang telah menerima surat pengesahan tawaran bagi menunaikan fardhu haji dari Lembaga Tabung Haji (LTH) sahaja yang layak mengeluarkan wang caruman bagi tujuan ini.

2. Berapa jumlah kelayakan pengeluaran yang dibenarkan?

Tertakluk kepada jumlah caruman di dalam Akaun 2 pencarum dengan jumlah pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000.

3. Bilakah pengeluaran boleh dibuat?

Bermula 15 April 2022 pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran.
Walaubagaimanapun, kelulusan pengeluaran juga adalah tertakluk kepada pengesahan LTH yang mengawal dan meluluskan individu di Malaysia untuk menunaikan fardhu haji termasuk:

i. Telah mendaftar dan membuka akaun di LTH dengan jumlah minimum simpanan deposit sebanyak RM1,300

ii. Telah menerima surat pengesahan tawaran dari LTH untuk menunaikan fardhu haji bagi tahun tersebut.

4. Berapa kerap pengeluaran haji boleh dipohon?

Pencarum hanya dibenarkan membuat pengeluaran sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.

5. Berapa lamakah tempoh sah permohonan pengeluaran boleh dibuat?

Tempoh sah permohonan pengeluaran haji adalah satu tahun dari tarikh penerimaan surat pengesahan tawaran bagi menunaikan fardhu haji dari LTH.

6. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengeluaran haji?

Terdapat empat dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengeluaran haji iaitu:

i. Borang permohonan Pengeluaran Haji (LTAT/PWCA 48);
ii. Salinan surat tawaran dari LTH bagi mengesahkan pencarum layak menunaikan fardhu haji
iii. Salinan MyKad/MyTentera yang dicetak diatas kertas bersaiz A4.
iv. Surat Pengesahan Akaun Bank.

Setiap salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Memerintah/Ajutan Pasukan/Pegawai UGAT/Pegawai Kaunter LTAT.

7. Berapa lamakah tempoh pembayaran kepada pencarum?

Tempoh pembayaran adalah 3 hari bekerja setelah LTAT menerima permohonan yang lengkap.

8. Adakah pembayaran dilakukan terus kepada Lembaga Tabung Haji (LTH)?

Tidak. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pencarum.

9. Adakah pencarum layak untuk membuat pengeluaran jika mendapat tawaran menunaikan fardhu haji dari institusi lain?

Tidak. Kemudahan pengeluaran ini hanya layak untuk pencarum yang menerima tawaran menunaikan fardhu haji dari LTH.

10. Jika pencarum telah menerima wang pengeluaran tetapi tidak dapat melaksanakan ibadah haji, adakah pencarum dibenarkan untuk memulangkan semula duit pengeluaran tersebut kepada LTAT dan sekiranya dibenarkan, bagaimanakah caranya?

Sekiranya pencarum tidak menggunakan amaun yang dikeluarkan maka pencarum boleh mengembalikan kepada LTAT amaun yang dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran dibuat. Amaun tersebut akan dimasukkan semula oleh LTAT ke dalam akaun 2 pencarum.

PENGELUARAN PENDIDIKAN

1. Siapa yang layak untuk memohon?

Pencarum ketika tarikh memohon, sedang mengikuti peringkat pengajian tinggi (Diploma/Ijazah/Ijazah Sarjana atau PhD) di Universiti Awam Tempatan.

2. Berapa jumlah kelayakan pengeluaran yang dibenarkan?

Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah yang terendah di antara berikut:
i. Jumlah yuran pendaftaran semester 1; atau
ii. Baki caruman anggota dalam akaun 2; atau
iii. Terhad kepada RM3,200.00

3. Bilakah pengeluaran boleh dibuat?

Tempoh sah pengeluaran pendidikan adalah tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh resit pembayaran pendaftaran semester 1. (Permohonan bagi pengeluaran pendidikan adalah terpakai hanya kepada pemohon yang telah memulakan sesi pengajian bermula 16 April 2021 sahaja)

4. Berapa kerap pengeluaran Pendidikan boleh dipohon?

Pencarum hanya dibenarkan membuat pengeluaran sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.

5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan pengeluaran Pendidikan?

1. Borang permohonan Pengeluaran Pendidikan (LTAT/PWCA 49).
2. Salinan surat kemasukan ke Universiti Awam Tempatan;
3. Salinan Resit Pembayaran Pendaftaran Semester 1 (resit bayaran tidak melebihi setahun dari tarikh permohonan);
4. Salinan MyKad/MyTentera dicetak di atas kertas bersaiz A4);
5. Surat Pengesahan Akaun Bank
Setiap salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Memerintah/Ajutan Pasukan/Pegawai UGAT/Pegawai Kaunter LTAT.

6. Jika saya adalah penerima biasiswa dari institusi lain, adakah saya layak untuk memohon?

Tidak. Hanya pencarum yang tidak menerima apa-apa biasiswa sahaja yang layak untuk memohon kemudahan pengeluaran ini.

7. Adakah saya layak memohon sekiranya saya adalah penerima pinjaman PTPTN?

Ya. Pencarum yang mendapat pinjaman dari PTPTN, layak untuk memohon.

8. Universiti manakah yang terlibat dengan pengeluaran ini?

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Universiti Utara Malaysia (UUM)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
14. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

9. Berapa lamakah proses pembayaran pengeluaran Pendidikan?

3 hari bekerja setelah LTAT menerima permohonan yang lengkap.

10. Adakah tawaran belajar dari IPTS layak untuk memohon pengeluaran ini?

Tidak. Pada masa kini, pencarum yang menerima tawaran dari Universiti Awam tempatan terpilih sahaja yang layak untuk memohon pengeluaran ini.

PENGELUARAN 50 TAHUN

Apakah borang dan dokumen yang diperlukan bagi pengeluaran wang caruman ahli apabila pencarum mencapai usia 50 tahun?

i. Borang Pengeluaran Caruman (Pengakuan Oleh Ahli) – LTAT/PWCA 14-2/1 yang diisi oleh ahli.
ii. Surat Kenyataan Perkhidmatan dari Jabatanarah Rekod dan Pencen (JRP) yang mengesahkan mencapai umur 50 tahun.
iii. Sesalinan My Tentera.
iv. Pengesahan Akaun Bank yang aktif (Dapatkan di bank berdekatan)

Proses pembayaran caruman akan dilaksanakan dalam masa 3 hari bekerja setelah LTAT menerima dokumen lengkap daripada ahli.