Pengenalan

Sistem e-Kiosk ialah sistem untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti dalam proses penyemakan caruman, penamaan waris dan juga mencetak penyata caruman. Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pencarum-pencarum mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan lebih efisien secara ‘on-line’. Pembangunan e-Kiosk adalah sebagai kemudahan alternatif kepada anggota angkatan tentera untuk menyemak caruman mereka selain berurusan di kaunter.

Perkhidmatan e-Kiosk ini juga dapat memudahkan lagi urusan pencarum dalam menyemak jumlah wang terkumpul dan memeriksa status terkini caruman mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh e-Kiosk ini adalah seperti berikut :-

  • Maklumat-maklumat berkaitan dengan LTAT dan perkhidmatan yang disediakan.
  • Memeriksa status pendaftaran cap jari.
  • Menyemak dan mencetak penyata caruman.
  • Menyemak kelayakan membuat pengeluaran harta tidak alih.
  • Menyemak status permohonan biasiswa Yayasan LTAT.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran.
  • Menyemak dan mencetak penyata saham Affin Hwang Aset Bhd.
  • Menyemak, mengemaskini dan mencetak penamaan waris.
  • Menyemak penyata skim KASUMA (PERNAMA).
  • Informasi dan sambungan ke laman web infokiosk PERNAMA, PERHEBAT, PPHM, BHP, Yayasan LTAT, AFFIN BANK, AFFIN HWANG dan PPZ.
  • Mencetak borang – borang berkaitan pengeluaran caruman, kemaskini waris dan juga borang untuk menjadi pencarum sukarela.