Pencarum boleh:

  • Menyemak Penyata LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak waris semasa.
  • Menyemak Unit Trust AFFIN HWANG.
  • Menyemak sejarah pengeluaran.
  • Membuat aduan, cadangan dan pertanyaan.

Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.

Jika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab 'Penyata'.

Klik sini>> pendaftaran i-Wira

Hanya kepada ahli yang masih berkhidmat sahaja.

 Antara sebab tidak boleh log masuk ialah:

  • Salah memasukkan Nombor Tentera dan/atau kata laluan semasa ingin log masuk.
  • Telah mendaftar tetapi akaun belum diaktifkan.

Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima emel pengaktifan akaun i-Wira pada emel yang didaftarkan (Sila semak juga pada 'folder SPAM' atau 'JUNK'). Anda perlu klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.
*jika pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di 'browser' internet anda dan tekan 'Enter'.
*pautan yang dihantar ke emel ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang 'Daftar' di klik.

Jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit atau pautan pada emel telah tamat tempoh (telah lebih 24 jam), sila hubungi kami seperti maklumat dibawah untuk pengaktifan akaun;
Emel: iwira[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com
Telefon: 1-300-88-5828 samb. 301

Ya, boleh. Malah, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan secara berkala. Untuk menukar kata laluan, log masuk ke i-Wira dan klik pada nama anda seterusnya klik pada butang 'Profil'. Selepas itu, klik pada butang 'Tukar Kata Laluan'. Anda perlu masukkan kata laluan sedia ada, cipta kata laluan baru dan sahkan kata laluan baru. Gunakan kata laluan baru apabila log masuk di masa depan.

 Antara langkah-langkah yang dapat membantu anda melindungi kata laluan adalah seperti berikut:

  • Jangan dedahkan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi "Remember Password", kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau 'Log Out' dari https://iwira.ltat.org.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Wira.