"Mulakan perjalanan kerjaya dengan LTAT"

LTAT telah memulakan perjalanan transformatifnya pada tahun 2019 dan membayangkan untuk menjadi sebuah organisasi dana pencen bertaraf dunia. Untuk membantu membina dan memperkukuhkan pasukan yang ada, kami mengalu-alukan bakat baru untuk menyertai pasukan kami.

Kami mencari individu yang bercita-cita tinggi dan berwawasan untuk membina kerjaya bersama kami dan menjadi sebahagian daripada pasukan untuk membina LTAT bagi menjadi organisasi pengurusan dana berprestasi tinggi, memastikan pulangan yang berterusan kepada ahli kami, dan meningkatkan LTAT ke tahap yang lebih tinggi.

Manfaat

Kewangan

  • Pelbagai elaun
  • Pinjaman kewangan:
    • Perumahan,
    • Kereta,
    • Peribadi &
    • Biasiswa

Gaya Hidup

  • Gim
  • Kelab Sukan & Rekreasi

Kesihatan

  • Perubatan,
  • Bersalin,
  • Hospital &
  • Rawatan pergigian

Pembelajaran Berterusan

Penting bagi kami untuk memotivasikan pekerja dengan membolehkan mereka belajar secara berterusan. Selain membina keseronokan bekerja, pekerja yang mengembangkan pembelajaran dan latihan kebiasaannya dalam bekerja mereka akan menjadikan cabaran itu sesuatu yang tidak begitu menakutkan dan lebih mudah dikendalikan.

Safarina Abdul Samat

– Eksekutif Sumber Manusia – 

“LTAT menyediakan kemudahan gimnasium untuk kami di pejabat. Kami boleh bersenam secara teratur dan ianya boleh meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan kami. Ia menggalakkan cara hidup fisikal yang aktif.”

 

Abdul Sani Ibrahim

– Pemandu –

“Kemudahan pinjaman perumahan yang disediakan kepada staf yang layak telah membantu saya menguruskan kewangan saya dengan cekap. Kini saya mampu mempunyai rumah sendiri walaupun belum lama bersama LTAT. Ia adalah alternatif kepada kakitangan yang sukar untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank.”

 

Syahira Adam

– Penolong Pengurus Teknologi Maklumat –

“Manfaat perubatan yang disediakan untuk kami diperluaskan juga kepada pesara LTAT. Mudah kami mengakses hospital dan klinik panel yang berada di sekitar lokasi kediaman kami.”

 

Ahmad Fareez Abdul Kadir

– Kerani –

“Kelab sukan dan rekreasi LTAT (KESURETA) menganjurkan pelbagai acara sukan dan aktiviti sosial yang selalu mendapat sambutan hangat dikalangan staf. Kami berpeluang juga mengiratkan siratulrahim antara satu sama lain apabila berjumpa. Kelab ini memberi sokongan emosi dan kesejahteraan kepada kami semua.”

 

Syahrizu Norlaileen Lailuddin

– Pegawai Undang-Undang –

“Saya sangat gembira bekerja di LTAT. Saya seronok bekerja dalam persekitaran kondusif dimana ahli pasukannya mempunyai etika kerja yang baik. Adalah penting bagi saya untuk merasakan bahawa saya boleh mempercayai ahli pasukan saya untuk sentiasa melakukan yang terbaik.”

 

Mohd Rasidi Talib

– Pemandu (Pesara Tentera) –

“Bersara daripada perkhidmatan angkatan tentera dan menyesuaikan diri sebagai tenaga kerja awam adalah satu cabaran bagi saya. Mujurlah LTAT memberi saya peluang kerjaya kedua selepas bersara dari perkhidmatan dengan angkatan tentera. Saya berbangga menjadi ahli keluarga LTAT.”

 

Safarina Abdul Samat

Eksekutif Sumber MAnusia

"LTAT menyediakan kemudahan gimnasium untuk kami di pejabat. Kami boleh bersenam secara teratur dan ianya boleh meningkatkan kecergasan badan dan kesihatan kami. Ia menggalakkan cara hidup fisikal yang aktif."

Abdul Sani Ibrahim

Pemandu

"Kemudahan pinjaman perumahan yang disediakan kepada staf yang layak telah membantu saya menguruskan kewangan saya dengan cekap. Kini saya mampu mempunyai rumah sendiri walaupun belum lama bersama LTAT. Ia adalah alternatif kepada kakitangan yang sukar untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank."

Syahira Adam

Penolong Pengurus Teknologi MAklumat

"Manfaat perubatan yang disediakan untuk kami diperluaskan juga kepada pesara LTAT. Mudah kami mengakses hospital dan klinik panel yang berada di sekitar lokasi kediaman kami."

Ahmad Fareez Abdul Kadir

Kerani

"Kelab sukan dan rekreasi LTAT (KESURETA) menganjurkan pelbagai acara sukan dan aktiviti sosial yang selalu mendapat sambutan hangat dikalangan staf. Kami berpeluang juga mengiratkan siratulrahim antara satu sama lain apabila berjumpa. Kelab ini memberi sokongan emosi dan kesejahteraan kepada kami semua."

Syahrizu Norlaileen Lailuddin

Pegawai Undang-Undang

"Saya sangat gembira bekerja di LTAT. Saya seronok bekerja dalam persekitaran kondusif dimana ahli pasukannya mempunyai etika kerja yang baik. Adalah penting bagi saya untuk merasakan bahawa saya boleh mempercayai ahli pasukan saya untuk sentiasa melakukan yang terbaik."

Mohd Rasidi Talib

Pemandu (Pesara Tentera)

"Bersara daripada perkhidmatan angkatan tentera dan menyesuaikan diri sebagai tenaga kerja awam adalah satu cabaran bagi saya. Mujurlah LTAT memberi saya peluang kerjaya kedua selepas bersara dari perkhidmatan dengan angkatan tentera. Saya berbangga menjadi ahli keluarga LTAT."

Jawatan Kosong

Jabatan Pelaburan

Jabatan Bukan Pelaburan

Jawatan Kosong

Hantarkan resume anda & kami akan memberitahu anda sekiranya ada jawatan kosong disini.

HANTAR RESUME ANDA

Terdapat tempat untuk anda di LTAT. Mohon sekarang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada kami di recruitment[at]ltat.org.my atau hubungi kami di talian (03-21489777)

HANTAR RESUME ANDA