LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

"Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera"

LTAT mempunyai dua objektif utama:

  • Objektif utama yang pertama ialah mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu skim simpanan untuk Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.


  • Objektif utama yang kedua ialah melaksanakan program-program latihan peralihan bagi anggota angkatan tentera yang akan atau telah bersara.


Visi

Menjadi sebuah organisasi pengurusan dana yang berjaya dan dicontohi oleh badan-badan Kerajaan dan korporat.

Misi

LTAT mempunyai tiga misi penting seperti berikut:

  • Mengadakan faedah persaraan dan sosioekonomi yang bermutu tinggi untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.
  • Membantu dalam pembangunan negara melalui pelaburan yang berhemat dan menguntungkan.
  • Menerapkan nilai kualiti dan budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja dan bekerja secara berpasukan dengan penuh dedikasi, tanggungjawab, disiplin, amanah, proaktif, dan inovatif ke arah pencapaian yang cemerlang dan berterusan.

Dasar Kualiti

LTAT adalah komited untuk menjadi sebuah organisasi berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota angkatan tentera  yang tinggi bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dari segi pemberian perkhidmatan dan pulangan wang caruman serta meningkatkan keberkesanan  sistem pengurusan kualiti secara berterusan.

Latar Belakang

Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang lebih dikenali dengan singkatan LTAT, telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

Caruman

Di bawah skim persaraan, pencarum wajib dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan kepada LTAT dan kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan. 

Carian

Hubungi Kami

LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,

Peti Surat 11542, 

50748 KUALA LUMPUR
[peta lokasi]
Emel: ltat[at]ltat.org.my


Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646